Jumaat, 24 Oktober 2014

Matlamat Baru di Tahun 1436 Hijrah

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Alhamdulillah syukur aku masih lagi diberi umur yang panjang untuk beribadat kepadamu. Pejam celik, pejam celik dah habis setahun. Muhasabah diri, "apa yang telah aku lakukan untuk diri ku, keluargaku, kedua ibu bapaku, masyarakatku dan negaraku". Terasa tiada apa yang dapat ku berikan. Diharap tahun ini dapat memberi sinar yang bahagia untuk diriku dan orang yang berada disekelilingku.

Betul kata ustaz, kalau ada masalah cerita dengan Allah S.W.T hidup lebih tenang, berbanding cerita dengan orang. Mengharapkan masalah kita dapat diselesaikan tapi makin bertambah masalah kerana orang yang kita percaya bercerita pula dengan orang lain. Insyaallah minta apa sahaja yang kita mahukan kepadaNYA. DIA maha mengetahui baik buruk sesuatu perkara untuk kita.

Diharap di tahun 1436H ini aku dapat melaksanakan matlamatku yang masih belum tercapai. Orang kata kalau hendak capai matlamat kita perlu dapatkan sokongan daripada orang disekeliling. Jadi kalau hendak beribadat, macam mana pula? Kalau diberitahu pada orang lain sudah nampak macam riak pula. Apa pun memang kena senaraikan dan tandakan matlamat tersebut sekiranya sudah tercapai. Harapan agar menjadi kenyataan.

Perkara yang perlu kita lakukan berdoa untuk akhir tahun Maal Hijrah. Dibaca pada Waktu Asar dan digalakkan untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sehingga Waktu Maghrib.

mari sama-sama kita amalkan membaca doa awal tahun Maal Hijrah semasa waktu Maghrib. Semoga Allah memakbulkan doa kita dan memberi kebaikan kepada kita semua.



Selamat tahun Maal Hijrah, Insyaallah semoga Allah S.W.T terima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baru kita sama-sama berhijrah kepada perkara yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. 

1. Membentuk keperibadian yang lebih sempurna
2. Menambah amal ibadat semata-mata kerana Allah S.W.T
3. Menjaga kedua ibu bapa yang termampu kita laksanakan                                
4. Membina,mengukuhkan dan menjaga silaturrahim antara ahli keluarga, rakan-rakan, jiran dan masyarakat dengan baik.

Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di dunia. Sama-sama kita menjaga agama yang suci ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan