Khamis, 9 Oktober 2014

Otak Kanan Lebih Efektif

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle


Bila bercerita bab otak kanan sebenarnya daripada zaman kanak-kanak kita telah menggunakannya. Kekreatifan sebenarnya ada pada semua orang, samaada ianya hendak digunakan atau sebaliknya.

Bila kita belajar 3 perkara tentang otak semuanya terdapat dalam bahagian otak kanan. Otak biasanya akan bermula dari tengah. Biasanya kita akan membayangkan apa sahaja gambaran bermula dari tengah. Otak sukakan gambar dan otak juga sukakan warna. Dalam kehidupan kita pun diwarnai dengan pelbagai warna dan objek yang pelbagai yang menarik minat semua manusia.

Saya tertarik dengan perkongsian sebuah sekolah swasta di Kuantan, dengan mempraktikkan "Shicida Methods" yang telah diajar oleh orang Jepun untuk mendidik personaliti anak-anak supaya mendapat didikan yang terbaik buat mereka. Kaedah ini menggunakan otak kanan yang lebih efektif berbanding otak kiri. Namun begitu otak kanan perlu kerap digunakan untuk mengaktifkan penggunaannya. Otak kanan seperti otot, semakin kerap kita gunakan semakin kuat untuk bekerja.

Kebanyakan ibubapa sekarang banyak menggunakan "Shicida Methods" untuk mendidik anak-anak. Namun begitu keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak menenerimanya. Antara kaedah yang digunakan untuk mendidik anak-anak:


1. Ucap kata-kata positif ketika anak hendak tidur.
Semasa mereka baru hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap jujur dengannya bahawa kita sayang kepadanya, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak pandai, dia pandai berbicara dan sebagainya. Ini merupakan satu doa ibu kepada anaknya. Praktikkan kepada anak anak dan lihat perubahannya, insyaallah berkesan terutama kepada anak yang susah untuk bangun pagi.

2. Guna kad untuk ajar anak.
Biasa kad imbasan ini ada dijual dikedai-kedai atau ibu bapa boleh buat sendiri untuk proses mempercepatkan anak-anak belajar. Semasa menunjukkan kad tersebut tunjuk laju-laju, dengan ini otak kanan akan bekerja keras untuk menafsir apa yang ditunjukkan. Alhamdulillah seminggu sahaja mereka sudah kenal dengan semua huruf.
Ibu bapa juga oleh teruskan untuk mengajar anak-anak dengan kad imbasan suku kata agar anak cepat belajar untuk membaca. Alhamdulillah anak saya dalam masa 3 bulan sahaja sudah boleh membaca surat khabar. Ibu bapa boleh juga buat untuk huruf jawi dan nombor untuk proses pembelajaran cepat kepada anak-anak.



3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan.
Ibu bapa perlu luangkan masa untuk ajar anak bermain tanah liat, warna air (water colour), melukis, gunting kertas, membuat origami dan apa sahaja perkara yang menggunakan kekreatifan. Memang agak melecehkan tapi demi untuk mengajar anak perlulah berkorban sedikit. Proses ini juga mempercepatkan pembelajaran kerana kita ajar apa yang otak manusia suka dapat menarik minat anak-anak. Jika kita lihat orang Cina dan Jepun lebih bijak kerana menggunakan chopstik untuk makan secara tidak langsung menggunakan otak kanan.


4. Jangan marah-marah dan menengking anak.
Sekiranya ibu bapa marah dan menengking anak, otak kiri akan bekerja dan menyimpan apa sahaja kemarahan kita padanya. Sekiranya tidak sengaja, kita boleh membuat cara pertama dengan meminta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5. Bina daya imaginasi anak dengan cara  bercerita.
Cuba bina daya imaginasi anak dengan cara bercerita dengan anak dan menyuruh mereka untuk menyambung cerita kita dengan imaginasi mereka sendiri. Secara tidak langsung otak kanan juga bekerja untuk proses bayangan dan penyambungan cerita. Tidak kisah jika anak-anak merapu janji dia dapat mengguna imaginasinya sendiri

6. Bermain teka-teki.
Letak satu barang dan meminta untuk anak meneka barang tersebut. Bantu mereka dengan memberi gambaran tentang objek tersebut seperti warna, bunyi dan cirinya. Lama-kelamaan mereka akan menggunakan deria keenam (sixth sense) untuk memberi tumpuan dan meneka objek tersebut. Galakkan untuk anak-anak berfikir.



Kebiasaan anak kita boleh terima proses pembelajaran dalam masa 30 minit pertama sahaja. Ini kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan. Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan kita mempunyai masa yang cukup untuk luangkan bersama mereka. Insyaallah anak-anak pasti akan rasa gembira. Masa berkualiti bersama anak-anak amat berharga bagi mereka dan ibu bapa sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan