Jumaat, 10 Oktober 2014

Semangat Kesukarelaan Dikalangan Remaja

Teks: norazitaadnan
Foto: peribadi


Setiap kumpulan pelatih diberi peluang untuk menjalankan Program Khidmat Komuniti. Salah satu objektif program ini ialah membentuk semangat kesukarelaan dikalangan remaja. Kalau kita tengok dikalangan masyarakat kita sendiri pun sudah semakin berkurangan semangat saling tolong menolong menjalani gotong-royong bersama-sama terutama di kawasan bandar. Masing-masing sibuk dengan kerja dan aktiviti harian sehingga tiada masa untuk aktiviti  kekitaan seperti ini.


kebiasaan setiap kumpulan kami akan menyediakan Program Khidmat Komuniti di kampung berdekatan dengan kerjasama pejabat penerangan daerah dibantu oleh pihak kem. Kebiasaan gotong-royong dilakukan bersama masyarakat setempat, masyarakat di kem, dan juga wakil kakitangan pejabat penerangan dan dijemput khas wakil atau yang berhormat di kawasan tersebut. Secara tidak langsung hubungan dengan masyarakat dan yang berhormat dapat dijalinkan dengan ada program sebegini.



Kebiasaan program akan dilaksanakan pada  awal pagi dengan membuat program aerobik untuk latihan kesihatan bersama penduduk kampung. Selepas itu kami akan minum pagi bersama-sama sebelum bermulanya gotong-royong. Antara tempat yang biasa kami memberi perkhidmatan adalah tempat yang tertumpu oleh masyarakat seperti balai raya, sekolah, masjid dan kawasan perkuburan. 

Kami akan dibekalkan dengan peralatan untk memudahkan proses gotong royong dilakukan. Dengan bantuan penduduk setempat lagi memudahkan pelatih untuk bekerjasama dan mempercapatkan kerja. Mereka kelihatan gembira kerana dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang baru mereka kenali disamping berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain.




Setelah tamat gotong royong sekali lagi kami akan dijamu dengan makanan tengah hari bersama penduduk kampung. Sungguh berselera melihat mereka makan, mungkin kerana bertukar selera masakan dan menikmati makan setelah penat bergotong-royong. Kami telah menerima layanan yang baik oleh penduduk setempat. Seronok dapat bekerja dengan masyarakat yang prihatin dengan orang ramai. 


Apabila kita melihat dalam masyarakat luar persatuan-persatuan sukarela yang banyak melibatkan kaum cina. Di kalangan kaum Melayu dan India masih berkurangan. Dengan ini kita berharap masa akan datang persatuan kesukarelaan tidak bergantung kepada satu kaum sahaja. Lebih meanarik lagi sekiranya persatuan tersebut melibatkan rakyat 1 Malaysia. Kerja kesukarelaan untuk pelatih tidak tamat dengan habisnya PLKN, mereka boleh meneruskan dengan memasukan Persatuan Briged Kesukarelaan PLKN.


Sebenarnya semangat kesukarelaan ini perlu dipupuk daripada awal untuk mendapatkan rakyat yang prihatin. Bukan mudah untuk menarik minat orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang kurang disukai. Dengan ini disarakan kepada pelatih PLKN terutamanya untuk terus bersatu padu mengamalkan sikap kesukarelaan ini demi rakyat dan negara yang aman dan harmoni.


Menurut Pejabat Penerangan terdapat empat cara untuk melibatkan diri di dalam kerja-kerja sukarela iaitu:-

  • Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenal peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan;
  • Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri
  • Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas dan tanggungjawab lain;
  • Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan