Teks: norazita adnan
Foto: carian geogle
Salam perkenalan, salam persahabatan dan salam ukhwah untuk semua.
Foto: carian geogle
Salam perkenalan, salam persahabatan dan salam ukhwah untuk semua.
Alhamdulillah satu lagi matlamat
yang telah saya senaraikan sudah berjaya dilaksanakan iaitu untuk membuat blog
sendiri. Mungkin ini rezeki saya dan anak-anak. Sebenarnya sudah hampir dua tahun saya mencari peluang sebegini.
Bermula selepas saya bersalin anak yang ketiga, saya terfikir untuk membuat
perubahan di dalam kehidupan saya sekeluarga.
Sebenarnya saya mula bisnes dengan
perniagaan dropship tetapi tahun lepas perniagaan saya tidak berjaya. Ini
mungkin disebabkan saya tidak tahu macam mana cara hendak mulakan perniagaan dan menarik minat pelanggan. Agak sukar berbanding berniaga secara realiti. Saya berharap ini merupakan titik permulaan saya untuk mendapatkan modal dan memulakan perniagaan yang diidamkan.

Saya merupakan seorang ibu yang
bekerjaya. Kerja yang tidak tentu masa menyebabkan saya kurang dapat meluangkan
masa bersama anak-anak. Saya telah berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan
hampir 11 tahun. Sebelum berkahwin kerjaya sebagai Penolong Pegawai Kesatria
memang seronok. Dapat berhijrah ke tempat orang dan bermasyarakat dengan
sekitar kawasan. Bila status bertukar terasa seperti hendak berhenti kerja.
Keadaan ekonomi pada masa itu tidak mengizinkan untuk saya berhenti. Saya
bekerja atas niat untuk membantu suami dan menambah ilmu kemanusiaan.
Saya juga seperti ibu-ibu yang
bekerjaya berfikir untuk membesar anak-anak di depan mata. Namun apa kan daya
kehidupan saya menuntut untuk bekerja dan menyara anak-anak sendiri.
Kadang-kadang rasa sayu melihat anak-anak yang kurang kasih sayang hanya
menumpang kasih sayang datuk dan nenek. Tambahan pula menghadapi masalah
keluarga sedikit. Mungkin semua ini ada hikmah di sebalik semua kejadian yang
telah ditentukan Allah S.W.T
Saya perlu kuat dan tabah menjalani
kehidupan demi membesarkan anak-anak. Sampai bila saya hendak mengharapkan ibu
dan bapa saya yang banyak membantu. Saya ingat kata pakcik pemandu van tempat
saya kerja “kecil-kecil dah menyusahkan mak ayah bila dah kahwin masih
menyusahkan mak ayah”. Siapa yang tidak mahu gembirakan hati emak dan ayah. Semua
anak-anak mempunyai harapan yang sama walaupun sejahat mana pun pasti ada
keinginan untuk gembirakan hati orang tua masing-masing.
Kerja saya sekarang lebih menjaga
anak orang lain berbanding anak sendiri. Tanggungjawab saya sebagai jurulatih
kena saya tunaikan untuk mendapat rezeki yang berkat untuk menyara anak-anak
saya. Bila saya kerja saya akan kerja betul-betul, bila saya bercuti saya akan
manfaatkan cuti saya sepenuhnya bersama anak-anak.
Berniaga sendiri saya tidak pernah
lakukan, mungkin masih belum mencukupi modal dan kurang keyakinan. Saya mempunyai sedikit pengalaman dalam perniagaan ketika membantu kakak menguruskan
perniagaannya. Antara perniagaan yang dimilikinya adalah kedai kain, beg dan
kedai runcit. Saya membantu kakak hampir setahun juga dan alhamdulillah di situ saya banyak menimba ilmu perniagaan. Di sinilah bermulanya saya menghilangkan sifat malu dan
mula peramah untuk melayan dan menarik pelanggan berbeza sebelumnya saya seorang yang pendiam dan pemalu.
Walaupun saya bekerja dengan makan gaji, saya juga masih berminat untuk menjahit baju dan jahitan manik.
Sekiranya ada masa terluang saya akan membuat baju sendiri dan anak-anak dengan
tunjuk ajar cikgu KEMAS. Alhamdulillah akhirnya saya dapat membuatnya sendiri
dan terasa satu kepuasan bila dapat menjahit sendiri.
Matlamat menghadiri
kelas ini adalah untuk mencari ilmu berkaitan dengan blog dan fan page. Saya mahu capai matlamat yang telah disenaraikan dalam hidup saya. Di samping mencari
pendapatan sampingan untuk menyara anak-anak sementara mereka masih
kecil. Saya juga hendak mengisi masa terluang dan tidak mahu memikirkan masa
silam. Saya mahu bangkit untuk terus majukan diri. Sentiasa sabar dengan cabaran dan dugaan yang diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan