Khamis, 11 Disember 2014

Rahsia/Kelebihan Bangun Di Awal Pagi

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Salam ukhwah untuk semua,


Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi. Kali ini kita akan berkongsi berkenaan rahsia bangun di awal pagi. Kebiasaan saya akan ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi. Sudah tentunya menuntut untuk saya bangun lebih awal daripada masa tersebut. Tepat jam 5.00 pagi saya akan bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Di tempat kerja pun kami jurulatih akan mengejutkan pelatih pada pukul 5.00 pagi untuk meneruskan aktiviti mereka.

Memang kehidupan remaja jarang untuk mereka bangun di awal pagi. Kebiasaan tidur sehingga lewat tengah hari. Namun begitu setelah mereka seminggu berada di kem, alhamdulillah tidak susah untuk mengejutkan mereka di awal pagi. Bukan sekadar pelatih muslim yang non-muslim pun bangun awal. Betul kata orang-orang lama "Alah bisa tegal biasa" . Mungkin mereka takut di denda mereka akan bangun awal dengan kuantiti pelatih yang ramai untuk berebut semasa mandi. Jadi pengurusan masa sendiri amat penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelatih.

Namun begitu sebenarnya banyak kelebihan bila kita bangun di awal pagi ini. Antara kelebihannya ialah:

1. Dapat bersenam.
Setiap pelatih diwajibkan untuk bersenam pada waktu pagi. Tepat jam 6.30 pagi mereka wajib berada di padang kawad untuk menjalani "Physical Training" atau dikenali PT pagi oleh mereka. Dengan ini mereka dapat menghirup udara segar dan dapat memberi tenaga untuk menjalani aktiviti seharian mereka di kem. Kebiasaan mereka akan di beri latihan selama 30 minit untuk memberi lebih tenaga kepada mereka. Tiada seorang pun akan terkecuali melainkan mereka mendapat keizinan doktor di atas faktor kesihatan.

2. Bersarapan di awal pagi.
Setelah selesai PT pagi mereka akan dibekalkan sarapan pagi. Ini untuk mengembalikan semula tenaga mereka setelah bersenam di pagi hari. Sebenarnya sarapan pagi ini dapat memberi tenaga untuk belajar, bekerja dan berfikir. Selain daripada itu sarapan juga merupakan diet yang betul untuk mengelakkan kegemukan.

3. Emosi stabil.
Mari kita lihat sekiranya bangun lewat , apa yang akan berlaku? Kita secara tidak langsung tidak dapat menguruskan masa dan akan terlewat dalam semua aktiviti. Bila lewat kita akan dimarahi oleh orang atasan kita. Kesannya ke atas emosi kita tidak stabil sepanjang hari. Sukar melakukan aktiviti bila kita dalam keadaan tidak stabil.

4. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera.
Bila kita bangun di awal pagi kebiasaan kita dapat menyelesaikan kerja kita seperti membasuh pakaian, mengemas katil dan almari kita, dapat menyiapkan diri dengan baik dan dapat uruskan masa dengan baik.

5.Bersyukur menikmati hari baru.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati hari baru. Allah S.W.T masih memberi peluang untuk bernafas dan menjalankan kehidupan seperti hari-hari sebelumnya. Bersyukur dapat menikmati hari baru di awal hari dan masih bertemu dengan orang-orang yang disayangi. 

6. Produktiviti kerja lebih baik.
Bila kita telah menjalani senaman dan sarapan di awal pagi dengan emosi yang stabil, maka kita dapat melakukan kerja kita dengan baik sepanjang hari. Semua orang hendak setiap hari dengan penuh keceriaan.


Semua pilihan ada ditangan anda sama ada hendak bangun awal atau bangun lewat. Pengurusan masa penting untuk diri sendiri dalam menguruskan kehidupan seharian untuk menampilkan yang terbaik dalam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan