Khamis, 18 Disember 2014

Amalan Mandi Di Awal Pagi

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Salam ukhwah untuk semua,

Kebiasaan kita akan bangun di awal pagi, tetapi takut untuk mandi dan beranggapan mandi waktu pagi sejuk lalu mencari pemanas air untuk mandi dan menghilangkan kesejukan. Padahal mandi di awal pagi dengan air sejuk mempunyai kelebihan pada diri. Jom kita beramal dan mengamalkannya setiap hari. Insyaallah, kita akan dapat manfaatnya nanti. tidak perlu mencari ubat-ubatan di pasaran.

Ini juga merupakan salah satu cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatannya. Marilah kita amalkan sunnah nabi kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi di awal pagi:

1. Kulit lebih lembut dan halus

Bila kita amalkan mandi di awal pagi secara tidak langsung kita mendapat kulit yang lembut dan halus tanpa mengambil kologen setiap hari. Sekiranya kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata juga dapat dikurangkan kegelapan di bawah mata juga dengan mandi di awal pagi. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. 

2. Melancarkan peredaran darah
Dengan mandi pagi juga peredaran darah anda berjalan dengan lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Dengan mandi dapat menyegarkan tubuh badan.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita juga tanpa pengambilan ubat tambahan.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit hanya dengan mandi di awal pagi. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat dan mandi pagi sebelum subuh. Ia boleh menyegarkan tubuh badan secara tidak langsung otak akan tenang dan sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa positif dalam hidup.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kebiasaan kita semuanya hendak cepat dengan mengambil ubat atau makanan tambahan untuk mengatasi masalah di atas. Sebenarnya hanya dengan cara mandi di awal subuh ini sahaja dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. Mari sama-sama kita amalkan agar semua orang sihat tanpa menggunakan sebarang ubatan yang dijual di pasaran. Jaga sebelum sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan