Isnin, 24 November 2014

Resepi Kegemaran Keluarga Adnan (Laksam)

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle


Kebiasaan bila kami anak beranak tidak berselera untuk makan, resepi yang selalu emak buat adalah laksam. Ayah suka sangat dengan laksam, jadi anak-anak dia pun terikut makanan kegemarannya. Walaupun duduk rumah sendiri tetap mencari laksam untuk pembuka selera. Jadi di sini saya akan kongsikan resepi kegemaran kami secara terperinci:


LAKSAM(12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam

Caranya:
  1. Campur semua bahan-bahan diatas sehingga sebati. Kebiasaan masukkan minyak sedikit tetapi keluarga kami tidak suka sebab berbau minyak
  2. Panaskan air dan periuk kukus.
  3. Sediakan loyang atau penutup periuk aluminium.
  4. Masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk, tidak terlalu tebal atau nipis. Kalau saya biasanya dapat menutupi keseluruhan tudung periuk sudah mencukupi.
  5. Kukus dlm 5 minit..
  6. Masukkan penutup periuk yang lain yang tadi biarkan suam-suam.
  7. Terus gulung dari penutup periuk tersebut hingga habis
  8. Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis.
  9. Sudah di gulung dipotong untuk di makan bersama kuah dan ulaman.

Kuah laksam

5 ekor Ikan selayang (direbus)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit lada hitam(ditumbuk)
1 biji kelapa 
sedikit lengkuas
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

Bahan yang ditumbuk dimasukkan ke dalam periuk. Keringkan sedikit dan masukkan santan yang telah diperah tadi, Seterusnya ikan yang direbus dikisar hingga halus dan di masukkan sekali. Biarkan mendidih masukkan lengkuas, garam dan ajinomoto secukup rasa.

Cili untuk penyedap rasa
15 biji lada kering  ditumbuk dengan sedikit belacan dan sedikit garam.

Ulam-ulaman
Sedikit taugeh
Sedikit kobis
Sedikit timun
sedikit kacang panjang
semuanya dihiris halus 


Ahad, 23 November 2014

Kukuhkan Perhubungan Waktu Cuti Sekolah

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Alhamdulillah tuhan masih memberi peluang untuk bernafas hari ini. Sudah bermulanya waktu untuk cuti sekolah. Sebelum ini biasanya pagi-pagi anak-anak dihantar ke sekolah untuk diberi didikan oleh cikgunya di sekolah. Bila cuti sekolah tugas tersebut bertukar tangan kepada ibu bapa sepenuhnya. Walaupun anak-anak masih kecil, namun pada usia ini perlu dididik supaya senang mereka ikuti apabila mereka meningkat remaja.

Jadual untuk kakak telah dibuat supaya dia tidak meninggalkan terus pembelajarannya di sekolah. Cuti sekolah 2 bulan merupakan masa yang panjang sekiranya kakak tidak mengisikan masanya dengan pembelajaran yang telah diterapkan oleh cikgunya. Jadual dibuat diawal pagi supaya kakak tidak terlalu lewat bangun pagi. Alhamdulillah setakat ini kakak dapat mengikut jadual yang telah dibuat. Dengan adanya jadual ini kakak tidak terus meninggalkan pembelajaran yang telah diajar oleh cikgunya. Ini kerana cuti sekolah 2 bulan merupakan jangka masa yang panjang, rugi sekiranya kakak tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Walaupun cuti sekolah, saya akan memastikan anak-anak saya bangun pagi untuk solat subuh bersama. Kebiasaan mereka bangun pagi untuk ke sekolah, jadi tiada masalah untuk mereka bangun awal di hari cuti. Biasalah kanak-kanak pastinya sukar untuk bangun awal, lagi-lagi bila tahu dia cuti. Bagi kakak untuk bangun pagi memang mudah berbanding dengan abang. Namun saya membiasakan mereka agar bila mereka meningkat remaja perkara ini menjadi kebiasaan untuk mereka.

Setiap pagi saya akan menyuruh anak-anak saya membaca iqra' di rumah sebelum mereka ke rumah tok guru untuk mengaji. Dengan cara ini mereka boleh melancarkan pembacaan dan lebih cepat mengenali. Saya juga menggalakkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran di awal pagi sebelum mereka berehat. Mengikut jadual sebenarnya tidak sesukar mana sekiranya ada komitmen diri dan pemantauan ibu bapa.


Setiap kali selepas maghrib saya akan menyiapkan anak-anak untuk menghantar ke kelas mengaji. Mereka bersemangat dan saya akan turut memberi sokongan sementara mereka masih berminat. Cara ini sahaja mereka dapat meningkatkan kemahiran membaca iqra'. Kebiasaan bila mereka membaca dengan saya tidak konsisten, jadi saya mengambil keputusan untuk memberi tok guru saya dahulu untuk mengajar mereka.

Pada cuti sekolah ini juga saya mengambil peluang untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Saya telah membawa anak-anak untuk melawat sepupu mereka di Muadzam. Mereka akan lebih rapat sekiranya mereka selalu bertemu dan bermain bersama-sama. Secara tidak langsung akan timbul perasaan kasih sayang terhadap saudara mereka. Saya melakukan perkara yang sama seperti ibu dan bapa saya membawa kami adik-beradik untuk bertemu sanak saudara pada musim cuti sekolah.

Sebagai ibu yang berkerjaya saya juga mengambil peluang untuk cuti bersama. Dengan ini saya dapat mengajar aspek pengurusan diri dan asas pengurusan rumah tangga seperti membasuh kasut, mengemas rumah, menyapu sampah, mencuci pinggan dan mengasuh adik. Dengan cara ini mereka belajar sesuatu yang beru disamping membantu ibu dan bapa di rumah. Ini kerana budaya rajin membantu dapat dibentuk di awal usia. Mereka akan memahami tanggungjawab mereka sebagai anak juga diperlukan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.




Sabtu, 22 November 2014

Perancangan Cuti Sekolah.

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle dan sendirian

Hari ini bermulanya cuti sekolah anak-anak. Perancangan saya cuti musim ini adalah untuk menghantar anak-anak mengaji di rumah tok guru saya dahulu. Dekat rumah mereka memang mengaji tetapi tidak konsisten. Dia rasa nak ngaji dia ngaji, bila tiba dia malas suruh macam mana pun dia buat tak tahu saja. Rasa sudah tiba masanya untuk mencari tok guru untuk anak-anak mengaji al-Quran. Mudah-mudahan apa yang diharapkan berjalan dengan lancar. 

Kakak sudah pandai membaca iqra', alhamdulillah dah sampai iqra' 4. Sudah mengenali huruf dan membaca dengan baik. Apa yang diharapkan dia lebih lancar dan mudah untuk membaca Al-Quran. Bagi abang pula lambat cikit masih belum mengenali huruf jawi. Dia hanya kenal alif, ba, ta dan sa. Jim tidak ingat sampai kesudah. Abang kurang berminat seperti kakak. Mengajar abang berbeza dengan kakak, banyak proses memujuk perlu dilakukan. Mungkin disebabkan kekurangan abang yang masih dalam proses untuk bercakap dengan baik. 


Baru semalam hantar mereka mengaji. Alhamdulillah kakak sambung tempat yang dia baca sebelum ini tetapi abang tidak mahu membaca, katanya hendak buku iqra' yang baru. Hendak memujuk terpaksalah ikutkan sahaja apa yang mereka kehendaki, janji mahu membaca iqra'. Padan pun kena cari iqra' baru dah rabak pun, semangat membaca sudah tiada.



Cuti hujung tahun ini, kakak manfaatkan dengan betul dengan membuat buku kerja yang masih belum habis lagi. Nanti sudah siap kita pergi cari pula buku untuk darjah satu. Anak-anak ibu rajin, insyaallah akan peroleh ganjarannya nanti. Dengan jadual ini diharapkan cuti kakak tidak membosankan. Sekurang-kurangnya boleh manfaatkan masa terluang.




Yang minat untuk sertai Akademi Bekerja di Rumah.
Pilih mana-mana kelas berikut dan PM saya.
1. Kelas Asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes

  • produk sendiri
  • makanan sunnah
  • telekung solat borong dan runcit
  • produk islamik
  • projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-

  • Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
  • Grup Coaching - 14 Oktober 2014, Selasa
  • Kelas Online - 
        • 13/10/14, Isnin
        • 20/10/14, Isnin
        • 12/10/14, Ahad pagi

6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online 
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog.


Hubungi saya, Norazita Adnan
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/norazitaadnan
emel: norazitaadnan@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram/wechat: 0199899957

Jumaat, 21 November 2014

Seronoknya Cuti Sekolah

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle



Dalam minggu ini kakak asyik mengira hari, berapa hari lagi dia akan ke sekolah? Setiap hari dia akan tanya "Ibu, lagi berapa hari kakak kena pergi sekolah?", saya menjawab "sehari lagi sekolah". Hari terakhir kakak pergi ke sekolah dengan penuh semangat. Rupanya kakak ada sukaneka pra sekolah. Dia target untuk mendapatkan hadiah, alhamdulillah kakak berjaya mencapai matlamatnya hari ini.

Balik dari sekolah dia membawa hadiah terus masuk ke bilik. Lalu dia memanggil "Ibu sini sekejap". Saya pun masuk ke bilik untuk mengetahui apa sebenarnya yang hendak diberitahu oleh kakak. Tahniah, kakak dah berjaya dapat nombor tiga. Tahun depan kakak boleh usaha lagi untuk mendapat lebih banyak hadiah. Melihatnya seperti tidak sabar untuk menunggu tahun depan. Semoga tercapai matlamat kakak tahun depan.


Semua orang mempunyai matlamat untuk dicapai. Begitu juga dengan diri ini, dalam usaha untuk menjadi surirumah yang berpendapatan seperti orang lain tanpa keluar ke pejabat setiap pagi dan pulang setiap petang. Mudah-mudahan matlamat saya juga tercapai dengan keizinan tuhan.

Pengasas ABDR pun ada memperingatkan bahawa untuk seorang itu berjaya perlu konsisten, fokus, komitmen 100%. Bagi yang sudah mengetahui penulisan blog atau yang masih hendak belajar dialu-alukan untuk bekerjasama bersama kumpulan ABDR ini. 

Ini kerana Akademi ini juga mempunyai matlamat kelas asas blog dan penulisan salah satunya ialah:
  • penjenamaan semula blog, fokus produk, fokus penulisan.
  • membina pembaca.
  • membina pembaca dan tukar sebagai pelanggan.
  • memaksimakan pemasaran percuma tetapi berkesan.
  • penjenamaan melalui nama email, nama fb, nama blog. Ini sangat penting sekiranya kita mahu dan mahu ditemuramah media (Ini perkongsian pn pengasas pernah kerja bersama media)

*****************
Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.

Bergabung bersama kami 860 blog.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.
Norazita Adnan
Pengurus Online ABDR

Rabu, 19 November 2014

Semangat! Teruskan Berusaha


Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Hari ini ingatkan boleh menyambung kerja yang terbengkalai. Rasanya sudah lama sangat tidak menyelesaikan tugasan yang sepatutnya. Minggu lepas pergi kursus seminggu. Namanya kursus memang sibuk, hendak mengintai ke blog pun tidak sempat. Minggu sebelum ke kursus pun sibuk juga sebab pelatih sudah membuat persiapan untuk tamat latihan.

Mengharapkan minggu ini sahaja dapat melihat blog dan menyiapkan tugasan yang belum selesai. Sudah bersemangat hendak buka internet, talian internet pula bermasalah. Apalah nasib, harap dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat yang masih terbengkalai. Sabar jelah wahai hati, mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.

Bila masuk dalam kumpulan ABDR ini rasanya pemikiran pun sudah banyak berubah kea rah positif. Terima kasih kawan-kawan terutama pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan cikgu online, Puan Aishah Hussien. Kalian banyak memberi tunjuk ajar dan tidak pernah jemu membantu saya. Alangkah baiknya semua orang bersikap seperti kalian, mudah untuk kita mengekalkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Harapan agar kawan-kawan terus menyokong saya untuk teruskan perjuangan ini.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Matlamat Baru di Tahun 1436 Hijrah

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Alhamdulillah syukur aku masih lagi diberi umur yang panjang untuk beribadat kepadamu. Pejam celik, pejam celik dah habis setahun. Muhasabah diri, "apa yang telah aku lakukan untuk diri ku, keluargaku, kedua ibu bapaku, masyarakatku dan negaraku". Terasa tiada apa yang dapat ku berikan. Diharap tahun ini dapat memberi sinar yang bahagia untuk diriku dan orang yang berada disekelilingku.

Betul kata ustaz, kalau ada masalah cerita dengan Allah S.W.T hidup lebih tenang, berbanding cerita dengan orang. Mengharapkan masalah kita dapat diselesaikan tapi makin bertambah masalah kerana orang yang kita percaya bercerita pula dengan orang lain. Insyaallah minta apa sahaja yang kita mahukan kepadaNYA. DIA maha mengetahui baik buruk sesuatu perkara untuk kita.

Diharap di tahun 1436H ini aku dapat melaksanakan matlamatku yang masih belum tercapai. Orang kata kalau hendak capai matlamat kita perlu dapatkan sokongan daripada orang disekeliling. Jadi kalau hendak beribadat, macam mana pula? Kalau diberitahu pada orang lain sudah nampak macam riak pula. Apa pun memang kena senaraikan dan tandakan matlamat tersebut sekiranya sudah tercapai. Harapan agar menjadi kenyataan.

Perkara yang perlu kita lakukan berdoa untuk akhir tahun Maal Hijrah. Dibaca pada Waktu Asar dan digalakkan untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sehingga Waktu Maghrib.

mari sama-sama kita amalkan membaca doa awal tahun Maal Hijrah semasa waktu Maghrib. Semoga Allah memakbulkan doa kita dan memberi kebaikan kepada kita semua.



Selamat tahun Maal Hijrah, Insyaallah semoga Allah S.W.T terima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baru kita sama-sama berhijrah kepada perkara yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. 

1. Membentuk keperibadian yang lebih sempurna
2. Menambah amal ibadat semata-mata kerana Allah S.W.T
3. Menjaga kedua ibu bapa yang termampu kita laksanakan                                
4. Membina,mengukuhkan dan menjaga silaturrahim antara ahli keluarga, rakan-rakan, jiran dan masyarakat dengan baik.

Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di dunia. Sama-sama kita menjaga agama yang suci ini. Amin.

Isnin, 20 Oktober 2014

Jimat Dengan Menabung

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Setiap hari berulang dari tempat kerja ke rumah yang mengambil masa 90 minit untuk berulang. Bila dah berulang kena fikirkan duit minyak, duit penyelenggaraan setiap bulan, duit belanja harian. Hari ini pergi pulah pusat perkidmatan EON di Segamat. Masih mengguna duit. Setiap hari menggunakan duit. Duit asyik keluar sahaja tapi bila duit nak masuk. 

Masa ini kena berfikir macam mana hendak buat agar duit tidak hanya keluar. Apa cara harus dilakukan untuk berjimat. Hendak dapatkan duit sukar berbanding untuk menghabiskan. Tetiba teringat dengan pepatah melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Ibu bapa juga sentiasa ingatkan anak-anak supaya menyimpan duit di masa senang. Agar dapat membantu di masa susah. 

Menyimpan duit juga perlu berdisiplin agar dapat menabung untuk kepentingan diri sendiri dan juga keluarga. Macam-macam cara kita tengok orang menabung. Sekurang-kurangnya kita boleh meniru cara yang berkesan untuk menabung. Kadang-kadang kita rasa remeh cara yang kawan-kawan kita buat dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan untuk berjimat. Dengan cara ini kita dapat mengetahui berapa perbelanjaan bulan kita.

Cara untuk menambahkan tabungan anda.


1. Menyimpan wang syiling.
Kebiasaan kita beli barang sentiasa berbaki duit syiling yang boleh disimpan di dalam tabung. Cara yang biasa kita akan lakukan. Begitu juga dengan anak-anak yang sentiasa diterapkan dengan budaya menyimpan. Hampir semua barang yang kita beli harga bukan bernilai genap seperti RM1, RM10 atau RM50. Kebanyakan berbaki syiling semasa kita membuat pembayaran seperti RM1.50 atau RM10.50. Baki inilah yang kita akan simpan di dalam tabung. Bila sudah banyak baru kita akan menyimpan di dalam akaun kita.

2. Pendapatan tambahan.
Sentiasa berfikir untuk mencari pendapatan tambahan supaya dapat menambah tabungan. Menambah pendapatan bermaksud kita boleh menambah duit tabungan kita. Cubalah untuk berniaga secara kecil-kecilan sama ada secara "online" atau "offline" dan menjadi konsultan sebagai langkah awal. Lama kelamaan sekiranya kita konsisten, insyaalah kita akan berjaya.

3. Lebihan wang perbelanjaan bulanan.
Setiap bulan, kita akan mendapat gaji daripada majikan pada tarikh yang sama setiap bulan. Pastikan sentiasa memeriksa duit lebihan perbelanjaan agar dapat menyimpan dan memberi penghargaan pada diri sendiri disebabkan kurang perbelanjaan pada bulan tersebut. Secara tidak langsung duit ini juga boleh ditambah dalam tabungan. Sentiasa amalkan supaya tabungan sentiasa bertambah.

4. Kenaikan gaji tahunan.
Setiap majikan pasti memberi kenaikan gaji untuk pekerjanya untuk memberi ganjaran supaya produk atau perkhidmatan sentiasa meningkat setiap tahun. Walaupun ada kenaikan gaji, tidak bermaksud kita perlu membelanjakan dengan sesuka hati. Kita perlu menyenaraikan semula perbelanjaan dan simpanan yang perlu kita lakukan. Disamping tidak melupakan ganjaran untuk diri sendiri setelah penat bekerja.

5. Bonus tahunan atau duit ganjaran.
Setiap orang pasti bergembira apabila mendapat duit bonus atau ganjaran. Tapi tidak bermaksud kita perlu menghabiskan duit tersebut. Buat senarai juga dan memastikan duit bonus atau ganjaran ini dapat disimpan untuk menambah duit tabungan. Contoh kita akan memberi ganjaran pada diri sebanyak 10% dan menyimpan 90% daripada duit bonus tersebut.

6. Bersedekah dan membayar zakat.
Kita selalu dengar di dalam ceramah agama bahawa pendapatan yang kita dapat bukan hak kita sepenuhnya. Jadi, jangan kedekut untuk memberi sedekah dan membayar zakat. Agar kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Namun begitu perlu beringat lebih afdal sekiranya kita bersedekah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu.


Dalam masa kenaikan barang dan minyak di Malaysia, kita sebagai rakyat perlu berfikir panjang untuk berhutang agar pendapatan tidak melebihi hutang yang ada. Berfikir pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan serta tidak mengharapkan daripada satu punca pendapatan sahaja.

************************************