Ahad, 19 Oktober 2014

Persediaan Sebelum Temuduga

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Salam ukhwah untuk semua,


Kebiasaan calon yang kurang dari segi akademik akan berasa kurang yakin untuk ditemuduga. Sebenarnya kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor calon berjaya di dalam temuduga. Antara faktor yang dilihat oleh penemuduga ialah keyakinan diri kebolehan berinteraksi, pemakaian, personaliti dan keperibadian seseorang.
Jadi untuk menghadiri temuduga apa sahaja, seorang calon perlu membuat persediaan diri. Ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri temuduga.
  1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan.
  2. Selidik profil syarikat dan panel penemuduga.
  3. Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang di pohon.
  4. Latih tubi soalan-soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan munasabah.
  5. Latihan ditemuduga dalam bentuk rakaman.(Sekiranya ada masa)
  6. Memahami kehendak soalan, bukan menghafal soalan yang disediakan secara bulat-bulat.
  7. Cara anda berinteraksi supaya rancak sesi temuduga tersebut.
Perkara yang paling penting dalam diri ialah keyakinan diri. Oleh itu calon perlu sabar, cekal dan jadikan sebagai seorang yang profesional. Calon juga perlu berfikiran positif dan personaliti yang menarik perhatian penemuduga.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Matlamat Jangka Pendek

Teks: norazitaadnan
Foto: personal

Semua manusia mempunyai matlamat hidup termasuklah diriku. Minggu ini matlamat aku hendak membuat resepi yang diberi oleh sepupuku. Harapnya jadilah resepi Cheese kek leleh yang diberikan. Kebiasaan aku hanya melihat kek yang sudah siap sama ada dibeli atau tengok sahaja di dalam gambar melalui internet.

Ini merupakan matlamat jangka pendek aku untuk minggu ini. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku menyiapkan kek tersebut. Terasa kepuasan yang tidak dapat diceritakan apabila kek tersebut sudah siap. Walaupun sebenarnya masa tersebut adalah masa untuk beristirehat bersama anak-anak. Namun aku telah mengambil peluang untuk membuatnya.


Matlamat anda bila lagi untuk mencari sumber sampingan. Anda boleh sertai kumpulan ABDR sekiranya anda berminat. Kami memberi peluang kepada semua wanita di Malaysia. Sama ada bekerja atau surirumah sepenuh masa. Boleh sertai kami bila-bila masa. Buat kerja pun mengikut masa sendiri.

Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Pilihan Yuran 1 dan Yuran 2 Yuran 3 Yuran 4
Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan
Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom
Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
Yuran 4: RM250
Bonus 5 ebook rujukan:
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
5. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Jika berminat hubungi saya:

SMS/whatsapp: 019 9899957
Facebook: Norazita Adnan

Jumaat, 17 Oktober 2014

Budaya Kerja Cemerlang Masa Kini

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Setiap manusia pasti akan mencari pekerjaan yang diminati untuk menjadikan satu kerjaya dalam hidupnya. Namun begitu bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang kita impikan. Sebenarnya banyak persediaan yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang diimpikan, terutamanya persediaan diri sendiri.

Kebiasaan kita akan ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Kita akan membuat persiapan dengan mengambil tahu serba sedikit tentang syarikat serta isu semasa sebagai persiapan diri. Namun begitu masih belum cukup untuk kita kelihatan lebih yakin di hadapan penemuduga. Mereka juga akan melihat nilai, sikap dan kemahiran seseorang individu untuk diambil bekerja supaya sesebuah organisasi boleh lebih maju.

Disamping persiapaan yang dibuat kita juga perlu memiliki 10 ciri budaya kerja cemerlang di dalam diri. Baru kita akan kelihatan berkeyakinan di hadapan panel penemuduga. Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri individu untuk berjaya dalam dunia pekerjaan masa kini. Antara 10 ciri yang perlu ada dalam diri seperti berikut:


1. Menepati Masa.
Masa amat penting tidak kira semasa sekolah atau di alam pekerjaan. Pengurusan masa seseorang yang teratur membolehkan kita melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa. Penemuduga amat menitik beratkan ciri ini untuk memilih seorang pekerja. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan rasa percaya, hormat dan keyakinan diri. Secara tidak langsung apabila kita menepati masa kita juga dapat menunaikan janji dengan orang lain dan diri sendiri.

2. Kemahiran Teknologi.
Teknologi kini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Sebagai seorang pekerja yang cemerlang kita perlu mengikuti teknologi terkini. Ini kerana dengan penggunaan teknologi kita dapat melakukan suatu pekerjaan dengan lebih mudah. Negara akan mundur sekira rakyatnya tidak mengambil berat pasal teknologi ini. Lebih baik sekiranya kita menjadi pereka teknologi dan bukan mengharapkan teknologi yang sedia ada sahaja.

3. Kreatif.
Setiap manusia dilahirkan mempunyai kreativiti masing-masing. Samaada mereka hendak aplikasikan dalam hidup atau sebaliknya. Disebabkan kreativiti maka terhasil pelbagai barang seperti roda yang dahulunya dibuat daripada kayu dan sekarang kita menggunakan roda besi. Kreatif bermaksud berfikir diluar kebiasaan dan boleh menghasilkan pelbagai perkara baru dan boleh menjadikan pelbagai pilihan dalam kehidupan. Dengan ini kita dapat bergerak menuju ke negara maju dan dapat menyelesaikan masalah yang menggugat kehidupan kita.

4. Fasih Berbahasa.
Komunikasi amat penting dalam kehidupan terutama semasa bekerja. Perkara ini juga akan dilihat oleh penemuduga sama ada pekerja yang bakal diambil lancar dalam perbualan, petah untuk bercakap, kemahiran mendengar dan mahir dalam penulisan. Sekiranya kita lemah dalam berbahasa dengan fasih dan baik ini akan menyebabkan komunikasi kita kurang berkesan dalam apa jua yang kita lakukan. Namun begitu sekiranya kita fasih berbahasa dalam bahasa asing juga merupakan markah tambahan untuk kita menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Disamping kita tidak mudah ditipu oleh bangsa lain dalam berkomunikasi.

5. Integriti.
Ciri ini berkaitan dengan sifat kejujuran seseorang. Secara tidak langsung kita akan melakukan kerja dengan jujur dan ikhlas dan bukan sebaliknya. Integriti  bermaksud apa yang kita cakap, kita juga buat. Di dalam kebanyakan syarikat memang menitik beratkan ciri ini untuk membangunkan sesebuah organisasi.

6. Terbuka.
Manusia suka akan perubahan tetapi manusia menentang akan perubahan pada dirinya. Namun begitu dalam bidang kerja kita perlu ada sifat yang terbuka untuk berubah, menerima pendapat orang lain dan terbuka dalam situasi yang berubah. Dengan sikap terbuka ini juga kita dapat melihat pelbagai sudut pandangan dan perkara baru dalam kehidupan kita. Kita dapat membuat pilihan dengan lebih berkesan lagi.


7. Ahli Pasukan.
Kebiasaan dalam kerja untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kita perlu bekerja secara berkumpulan. Ini kerana kerja secara individu tidak dapat kesan sebaik seperti kerja berkumpulan. Ahli pasukan yang baik  akan memastikan suatu kerja yang dilakukan dapat dihasilkan dengan cepat, cekap dan bermutu. Namun begitu ahli pasukan yang baik memerlukan seorang pemimpin yang baik dan boleh menguruskan ahli pasukannya dengan baik.

8. Kepimpinan.
Semua orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan. Ciri kepimpinan amat penting dalam satu pasukan supaya tidak huru hara dan ahli pasukan dapat melakukan kerja dengan fokus kerja yang telah diberikan oleh ketua. Ketua yang baik dapat menghasilkan ahli pasukan yang baik dan harmoni.

9. Komited.
Sekiranya kita memberikan keputusan seratus peratus dengan tindakan yang berkesan maka akan menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Komited di sini bermaksud kita akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu matlamat. Sifat putus asa tiada dalam diri bagi memastikan matlamat tercapai. Dengan ini kita akan mencari pelbagai cara untuk memastikan matlamat tercapai walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang kita bakal hadapi.

10.Bertanggungjawab.
Apabila kita bekerja dalam kumpulan, kebiasaan kita akan dibahagikan mengikut pekerjaan yang telah diberikan oleh ketua. Sekiranya kita seorang yang bertanggungjawab, kita akan melakukan pekerjaan itu dengan sebaiknya. Kita juga akan memastikan bahawa kumpulan kita juga akan dapat melakukan kerja tersebut dengan jayanya. Bukan hanya tertumpu pada kerja kita sahaja.

Nilai-nilai positif ini perlu ada dan akan setiasa berubah mengikut peredaran masa. Ciri positif lain juga penting dalam diri untuk memajukan diri sendiri, masyarakat dan negara. Ciri-ciri ini perlu dipelajari dan dibina dalam diri kerana tiada satu ciri pun yang terhasil sejak atau semasa kita lahir. Mari sama-sama kita amalkan supaya terserlah kecemerlangan diri dalam organisasi kita.





Jumaat, 10 Oktober 2014

Semangat Kesukarelaan Dikalangan Remaja

Teks: norazitaadnan
Foto: peribadi


Setiap kumpulan pelatih diberi peluang untuk menjalankan Program Khidmat Komuniti. Salah satu objektif program ini ialah membentuk semangat kesukarelaan dikalangan remaja. Kalau kita tengok dikalangan masyarakat kita sendiri pun sudah semakin berkurangan semangat saling tolong menolong menjalani gotong-royong bersama-sama terutama di kawasan bandar. Masing-masing sibuk dengan kerja dan aktiviti harian sehingga tiada masa untuk aktiviti  kekitaan seperti ini.


kebiasaan setiap kumpulan kami akan menyediakan Program Khidmat Komuniti di kampung berdekatan dengan kerjasama pejabat penerangan daerah dibantu oleh pihak kem. Kebiasaan gotong-royong dilakukan bersama masyarakat setempat, masyarakat di kem, dan juga wakil kakitangan pejabat penerangan dan dijemput khas wakil atau yang berhormat di kawasan tersebut. Secara tidak langsung hubungan dengan masyarakat dan yang berhormat dapat dijalinkan dengan ada program sebegini.



Kebiasaan program akan dilaksanakan pada  awal pagi dengan membuat program aerobik untuk latihan kesihatan bersama penduduk kampung. Selepas itu kami akan minum pagi bersama-sama sebelum bermulanya gotong-royong. Antara tempat yang biasa kami memberi perkhidmatan adalah tempat yang tertumpu oleh masyarakat seperti balai raya, sekolah, masjid dan kawasan perkuburan. 

Kami akan dibekalkan dengan peralatan untk memudahkan proses gotong royong dilakukan. Dengan bantuan penduduk setempat lagi memudahkan pelatih untuk bekerjasama dan mempercapatkan kerja. Mereka kelihatan gembira kerana dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang baru mereka kenali disamping berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain.




Setelah tamat gotong royong sekali lagi kami akan dijamu dengan makanan tengah hari bersama penduduk kampung. Sungguh berselera melihat mereka makan, mungkin kerana bertukar selera masakan dan menikmati makan setelah penat bergotong-royong. Kami telah menerima layanan yang baik oleh penduduk setempat. Seronok dapat bekerja dengan masyarakat yang prihatin dengan orang ramai. 


Apabila kita melihat dalam masyarakat luar persatuan-persatuan sukarela yang banyak melibatkan kaum cina. Di kalangan kaum Melayu dan India masih berkurangan. Dengan ini kita berharap masa akan datang persatuan kesukarelaan tidak bergantung kepada satu kaum sahaja. Lebih meanarik lagi sekiranya persatuan tersebut melibatkan rakyat 1 Malaysia. Kerja kesukarelaan untuk pelatih tidak tamat dengan habisnya PLKN, mereka boleh meneruskan dengan memasukan Persatuan Briged Kesukarelaan PLKN.


Sebenarnya semangat kesukarelaan ini perlu dipupuk daripada awal untuk mendapatkan rakyat yang prihatin. Bukan mudah untuk menarik minat orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang kurang disukai. Dengan ini disarakan kepada pelatih PLKN terutamanya untuk terus bersatu padu mengamalkan sikap kesukarelaan ini demi rakyat dan negara yang aman dan harmoni.


Menurut Pejabat Penerangan terdapat empat cara untuk melibatkan diri di dalam kerja-kerja sukarela iaitu:-

  • Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenal peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan;
  • Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri
  • Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas dan tanggungjawab lain;
  • Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.


Pemandu Berhemah

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Hari ini di kem telah laksanakan satu program Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang telah diwajibkan kepada semua pelatih. Secara tidak langsung berpeluang untuk mengetahui tentang peraturan-peraturan dijalan raya. Dahulu memang tak pernah ambil tahu bab kereta ini. Sangkaan saya tak mampu untuk memandu kereta disebabkan kurang keyakinan diri. Walaupun begitu tersemat juga dihati untuk mempunyai kereta sendiri dan memandu sendiri.

Tidak menyangka matlamat saya telah tercapai setelah 5 tahun telah mendapat lesen baru yakin untuk memandu itupun hanya dari Muadzam Shah ke Keratong. Sebenarnya masih ada perasaan takut untuk memandu. Baru sahaja mendapat keyakinan untuk memandu, berlaku peristiwa yang tidak diingini iaitu kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sekali lagi hilang keyakinan apabila kereta yang dipandu terbabas ke tebing jalan. Kereta yang dipandu tidak berjaya memotong lori, disebabkan ketidakyakinan dan keadaan kelam kabut. Namun begitu saya bersyukur kerana tuhan masih memberi nyawa yang panjang, walaupun pada waktu itu  tulang rusuk retak dan kereta remuk disebabkan berlanggar dengan pokok. 

Selepas daripada kemalangan tersebut saya menjadi kurang yakin dan fobia dengan lori. Selama 2 tahun juga saya tidak memandu. Lama masa yang diambil untuk membina semula keyakinan. Atas dorongan dan sokongan suami serta diri sendiri akhirnya saya berjaya membawa semula kereta. Alhamdulillah sehingga kini saya mampu membawa kereta ke bandar Kuantan dan Segamat.

Setelah dapat membawa kereta yang lebih jauh daripada Muadzam baru tergerak hati untuk mengambil tahu lebih berkaitan kereta dan peraturan di jalanraya. Antara petua yang diberikan kepada para pelatih dan juga jurulatih yang terlibat. Secara tidak langsung kita semua sebagai pengguna jalan raya patut mengambil tahu walaupun kita tidak memandu  secara tidak langsung.





























Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menjadi pemandu berhemah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang dianggarkan meningkat setiap tahun. Semasa memandu ingatlah orang yang tersayang dan mengguna petua yang telah digarapkan oleh JKJR untuk dijadikan panduan.

Kos Hidup Bertambah, Hutang Masih Belum Surut.

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle


Matlamat masih belum tercapai, kononnya baru hendak langsaikan hutang PTPTN. Minggu lepas sudah dikejutkan dengan kenaikan minyak sebanyak rm0.20. Bila minyak naik sudah pasti barangan lain turut akan naik. Memang seperti yang dijangkakan barang sudah naik sebelum minyak naik lagi. Sebagai kakitangan awam kenaikan kos hidup amat terasa kerana mengharapkan duit gaji bulanan itu sahaja.

Petang ini kita akan dikejutkan pula dengan perbentangan "Belanjawan 2015". Adakah nasib kita sebagai rakyat golongan sederhana ini terbela? Kita yang berada di bawah ini sentiasa memikirkan duit untuk membayar hutang. Hidup kena berjimat cermat untuk sampai ke bulan hadapan pula untuk mendapat gaji. Namun begitu bila diagihkan hanya sedikit sahaja untuk belanja dapur dan barang-barang anak.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, tuhan hendak kita terus mengingatinya, dan sentiasa berdoa dan mendekatinya semoga berkat rezeki yang kita dapat untuk teruskan kehidupan. Walaupun saya bekerja saya terpaksa mencari duit tambahan lain demi menyara anak-anak yang sudah mula sekolah. Alhamdulillah tuhan telah ketemukan saya dengan senior sekolah dahulu, secara tidak langsung saya dapat berkenalan dengan ahli kumpulan ABDR. Terima kasih tuhan, murahkan rezekiku anak-anakku dan keluargaku. Dengan sentiasa mengamalkan doa ini saban hari:


Kebiasaan berulang-alik ketempat kerja membuatkan terfikir untuk lebih berjimat dan berulang sekali sekala apabila bekerja. Anak-anak pun sekali sekala dapat berjumpa. Mula terfikir untuk berhenti kerja untuk membesarkan anak sendiri. Diharap dengan keikhlasan untuk belajar dan bersama dengan kumpulan ini dapat mencapai matlamat saya. Amin.

***************************************************
Apa yang kita belajar dalam kumpulan ABDR ini adalah kelas asas blog dan penulisan.
  • Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  • Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  • Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi
  • Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  • Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Jika berminat hubungi saya:

SMS/whatsapp: 019 9899957

Facebook: Norazita Adnan


Khamis, 9 Oktober 2014

Otak Kanan Lebih Efektif

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle


Bila bercerita bab otak kanan sebenarnya daripada zaman kanak-kanak kita telah menggunakannya. Kekreatifan sebenarnya ada pada semua orang, samaada ianya hendak digunakan atau sebaliknya.

Bila kita belajar 3 perkara tentang otak semuanya terdapat dalam bahagian otak kanan. Otak biasanya akan bermula dari tengah. Biasanya kita akan membayangkan apa sahaja gambaran bermula dari tengah. Otak sukakan gambar dan otak juga sukakan warna. Dalam kehidupan kita pun diwarnai dengan pelbagai warna dan objek yang pelbagai yang menarik minat semua manusia.

Saya tertarik dengan perkongsian sebuah sekolah swasta di Kuantan, dengan mempraktikkan "Shicida Methods" yang telah diajar oleh orang Jepun untuk mendidik personaliti anak-anak supaya mendapat didikan yang terbaik buat mereka. Kaedah ini menggunakan otak kanan yang lebih efektif berbanding otak kiri. Namun begitu otak kanan perlu kerap digunakan untuk mengaktifkan penggunaannya. Otak kanan seperti otot, semakin kerap kita gunakan semakin kuat untuk bekerja.

Kebanyakan ibubapa sekarang banyak menggunakan "Shicida Methods" untuk mendidik anak-anak. Namun begitu keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak menenerimanya. Antara kaedah yang digunakan untuk mendidik anak-anak:


1. Ucap kata-kata positif ketika anak hendak tidur.
Semasa mereka baru hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap jujur dengannya bahawa kita sayang kepadanya, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak pandai, dia pandai berbicara dan sebagainya. Ini merupakan satu doa ibu kepada anaknya. Praktikkan kepada anak anak dan lihat perubahannya, insyaallah berkesan terutama kepada anak yang susah untuk bangun pagi.

2. Guna kad untuk ajar anak.
Biasa kad imbasan ini ada dijual dikedai-kedai atau ibu bapa boleh buat sendiri untuk proses mempercepatkan anak-anak belajar. Semasa menunjukkan kad tersebut tunjuk laju-laju, dengan ini otak kanan akan bekerja keras untuk menafsir apa yang ditunjukkan. Alhamdulillah seminggu sahaja mereka sudah kenal dengan semua huruf.
Ibu bapa juga oleh teruskan untuk mengajar anak-anak dengan kad imbasan suku kata agar anak cepat belajar untuk membaca. Alhamdulillah anak saya dalam masa 3 bulan sahaja sudah boleh membaca surat khabar. Ibu bapa boleh juga buat untuk huruf jawi dan nombor untuk proses pembelajaran cepat kepada anak-anak.



3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan.
Ibu bapa perlu luangkan masa untuk ajar anak bermain tanah liat, warna air (water colour), melukis, gunting kertas, membuat origami dan apa sahaja perkara yang menggunakan kekreatifan. Memang agak melecehkan tapi demi untuk mengajar anak perlulah berkorban sedikit. Proses ini juga mempercepatkan pembelajaran kerana kita ajar apa yang otak manusia suka dapat menarik minat anak-anak. Jika kita lihat orang Cina dan Jepun lebih bijak kerana menggunakan chopstik untuk makan secara tidak langsung menggunakan otak kanan.


4. Jangan marah-marah dan menengking anak.
Sekiranya ibu bapa marah dan menengking anak, otak kiri akan bekerja dan menyimpan apa sahaja kemarahan kita padanya. Sekiranya tidak sengaja, kita boleh membuat cara pertama dengan meminta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5. Bina daya imaginasi anak dengan cara  bercerita.
Cuba bina daya imaginasi anak dengan cara bercerita dengan anak dan menyuruh mereka untuk menyambung cerita kita dengan imaginasi mereka sendiri. Secara tidak langsung otak kanan juga bekerja untuk proses bayangan dan penyambungan cerita. Tidak kisah jika anak-anak merapu janji dia dapat mengguna imaginasinya sendiri

6. Bermain teka-teki.
Letak satu barang dan meminta untuk anak meneka barang tersebut. Bantu mereka dengan memberi gambaran tentang objek tersebut seperti warna, bunyi dan cirinya. Lama-kelamaan mereka akan menggunakan deria keenam (sixth sense) untuk memberi tumpuan dan meneka objek tersebut. Galakkan untuk anak-anak berfikir.



Kebiasaan anak kita boleh terima proses pembelajaran dalam masa 30 minit pertama sahaja. Ini kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan. Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan kita mempunyai masa yang cukup untuk luangkan bersama mereka. Insyaallah anak-anak pasti akan rasa gembira. Masa berkualiti bersama anak-anak amat berharga bagi mereka dan ibu bapa sendiri.