Rabu, 24 Disember 2014

Hari Krismas Kembali lagi

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle


Sepanjang hari hujan, sudah bermula musim tengkujuh. Bagi rakan-rakan di sebelah pantai Timur banyakkan bersabar dan sentiasa memohon kepada Allah S.W.T semoga tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan mempermudahkan segala urusan. Berita di media massa juga hangat memperkatakan tentang banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Hari ini juga cuti sempena Perayaan Hari Krismas. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Krismas" untuk sahabat handai dan rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Walalupun cuaca musim tengkujuh, rakyat Malaysia tetap meraikannya. Semoga semua bergembira dan bersyukur dengan menjadi rakyat Malaysia yang boleh meraikan pelbagai perayaan yang ada di Malaysia.

Bila berpeluang bercuti, saya juga mengambil kesempatan menyiapkan persiapan untuk menyiapkan peralatan sekolah anak-anak. Tinggal 6 hari sahaja lagi untuk anak-anak bersekolah semula. Peralatan dan dibeli awal, tinggal hendak siapkan baju sekolah sahaja. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bercuti hari ini.Dengan ini mengambil peluang dengan menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan kerja yang perlu di uruskan.

Namun begitu masih tidak melupakan dengan kumpulan ABDR dan masih berusaha menyiapkan entri yang masih belum diselesaikan walaupun dalam kesibukan bekerja. Anda mahu mengikuti jejak saya, dan berminat untuk berkawan dan membuat pekerjaan sampingan boleh hubungi kami.

***********************************************
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
  • -produk sendiri
  • makanan sunnah
  • telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
  • produk islamik
  • projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
  • -Grup Coaching
  • Kelas Online 12/01/15, Isnin pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

Sekiranya sudah berminat,
Boleh whatsapp/pm ke facebook atau email untuk bincang dan keterangan lanjut.
Norazita Adnan
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/norazitaadnan
emel: norazitaadnan@gmail.com
Whatsapp : 0199899957

Khamis, 18 Disember 2014

Amalan Mandi Di Awal Pagi

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Salam ukhwah untuk semua,

Kebiasaan kita akan bangun di awal pagi, tetapi takut untuk mandi dan beranggapan mandi waktu pagi sejuk lalu mencari pemanas air untuk mandi dan menghilangkan kesejukan. Padahal mandi di awal pagi dengan air sejuk mempunyai kelebihan pada diri. Jom kita beramal dan mengamalkannya setiap hari. Insyaallah, kita akan dapat manfaatnya nanti. tidak perlu mencari ubat-ubatan di pasaran.

Ini juga merupakan salah satu cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatannya. Marilah kita amalkan sunnah nabi kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi di awal pagi:

1. Kulit lebih lembut dan halus

Bila kita amalkan mandi di awal pagi secara tidak langsung kita mendapat kulit yang lembut dan halus tanpa mengambil kologen setiap hari. Sekiranya kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata juga dapat dikurangkan kegelapan di bawah mata juga dengan mandi di awal pagi. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. 

2. Melancarkan peredaran darah
Dengan mandi pagi juga peredaran darah anda berjalan dengan lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Dengan mandi dapat menyegarkan tubuh badan.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita juga tanpa pengambilan ubat tambahan.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit hanya dengan mandi di awal pagi. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat dan mandi pagi sebelum subuh. Ia boleh menyegarkan tubuh badan secara tidak langsung otak akan tenang dan sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa positif dalam hidup.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kebiasaan kita semuanya hendak cepat dengan mengambil ubat atau makanan tambahan untuk mengatasi masalah di atas. Sebenarnya hanya dengan cara mandi di awal subuh ini sahaja dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. Mari sama-sama kita amalkan agar semua orang sihat tanpa menggunakan sebarang ubatan yang dijual di pasaran. Jaga sebelum sakit.

Khamis, 11 Disember 2014

Rahsia/Kelebihan Bangun Di Awal Pagi

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle

Salam ukhwah untuk semua,


Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi. Kali ini kita akan berkongsi berkenaan rahsia bangun di awal pagi. Kebiasaan saya akan ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi. Sudah tentunya menuntut untuk saya bangun lebih awal daripada masa tersebut. Tepat jam 5.00 pagi saya akan bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Di tempat kerja pun kami jurulatih akan mengejutkan pelatih pada pukul 5.00 pagi untuk meneruskan aktiviti mereka.

Memang kehidupan remaja jarang untuk mereka bangun di awal pagi. Kebiasaan tidur sehingga lewat tengah hari. Namun begitu setelah mereka seminggu berada di kem, alhamdulillah tidak susah untuk mengejutkan mereka di awal pagi. Bukan sekadar pelatih muslim yang non-muslim pun bangun awal. Betul kata orang-orang lama "Alah bisa tegal biasa" . Mungkin mereka takut di denda mereka akan bangun awal dengan kuantiti pelatih yang ramai untuk berebut semasa mandi. Jadi pengurusan masa sendiri amat penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelatih.

Namun begitu sebenarnya banyak kelebihan bila kita bangun di awal pagi ini. Antara kelebihannya ialah:

1. Dapat bersenam.
Setiap pelatih diwajibkan untuk bersenam pada waktu pagi. Tepat jam 6.30 pagi mereka wajib berada di padang kawad untuk menjalani "Physical Training" atau dikenali PT pagi oleh mereka. Dengan ini mereka dapat menghirup udara segar dan dapat memberi tenaga untuk menjalani aktiviti seharian mereka di kem. Kebiasaan mereka akan di beri latihan selama 30 minit untuk memberi lebih tenaga kepada mereka. Tiada seorang pun akan terkecuali melainkan mereka mendapat keizinan doktor di atas faktor kesihatan.

2. Bersarapan di awal pagi.
Setelah selesai PT pagi mereka akan dibekalkan sarapan pagi. Ini untuk mengembalikan semula tenaga mereka setelah bersenam di pagi hari. Sebenarnya sarapan pagi ini dapat memberi tenaga untuk belajar, bekerja dan berfikir. Selain daripada itu sarapan juga merupakan diet yang betul untuk mengelakkan kegemukan.

3. Emosi stabil.
Mari kita lihat sekiranya bangun lewat , apa yang akan berlaku? Kita secara tidak langsung tidak dapat menguruskan masa dan akan terlewat dalam semua aktiviti. Bila lewat kita akan dimarahi oleh orang atasan kita. Kesannya ke atas emosi kita tidak stabil sepanjang hari. Sukar melakukan aktiviti bila kita dalam keadaan tidak stabil.

4. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera.
Bila kita bangun di awal pagi kebiasaan kita dapat menyelesaikan kerja kita seperti membasuh pakaian, mengemas katil dan almari kita, dapat menyiapkan diri dengan baik dan dapat uruskan masa dengan baik.

5.Bersyukur menikmati hari baru.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati hari baru. Allah S.W.T masih memberi peluang untuk bernafas dan menjalankan kehidupan seperti hari-hari sebelumnya. Bersyukur dapat menikmati hari baru di awal hari dan masih bertemu dengan orang-orang yang disayangi. 

6. Produktiviti kerja lebih baik.
Bila kita telah menjalani senaman dan sarapan di awal pagi dengan emosi yang stabil, maka kita dapat melakukan kerja kita dengan baik sepanjang hari. Semua orang hendak setiap hari dengan penuh keceriaan.


Semua pilihan ada ditangan anda sama ada hendak bangun awal atau bangun lewat. Pengurusan masa penting untuk diri sendiri dalam menguruskan kehidupan seharian untuk menampilkan yang terbaik dalam diri.

Isnin, 1 Disember 2014

Persedian Awal Untuk Bekerja

Teks: norazitaadnan
Foto: carian geogle



Salam ukhawah untuk semua,

Alhamdulillah Allah S.W.T masih memberi aku bernafas dan kesihatan yang baik pada hari ini. Setiap hari aku akan bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi untuk sampai ke tempat kerja sebelum pukul 8.00 pagi. Perancangan hari ini hendak buat persiapan yang perlu dilakukan sebelum pelatih masuk pada 6 Disember 2014 ini. Apa yang perlu dilakukan hari ini adalah membuat carta untuk persediaan bagi kelas Pembinaan Karakter. Nanti aku hanya perlu ulangkaji sahaja untuk mengajar pelatih tidak kelam kabut untuk membuat kerja lain.

Sekurang-kurangnya ada masa rehat untuk meneruskan hari seterusnya dan ada masa bersama anak-anak. Kalau orang yang tidak pernah terlibat dengan bidang yang aku buat ini, mesti beranggapan persediaan yang macam mana lagi hendak buat sedangkan setiap kumpulan mengajar perkara yang sama. Apa sahaja kerja yang baik memerlukan persediaan yang rapi untuk mendapat kualiti terhadap pelanggannya. Begitu juga dengan kami seorang jurulatih, mahukan perkhidmatan yang kami berikan supaya pelanggan kami mendapat nilai di dalam kem selama 3 bulan ini.

Kalau orang tengok dan beranggapan kerja yang kami buat ini adalah kerja “gila”. Mana mungkin dapat mengubah orang dalam masa tidak sampai 3 bulan ini. Mereka sudah biasa dengan sikap mereka selama 18 tahun. Sekurang-kurangnya apa yang kami berkongsi tidak dapat banyak, sedikit pun memberi kesan pada remaja-remaja ini sekurang-kurangnya amat berharga.


Ini mengingatkanku kepada cerita “Tapak Sulaiman”. Aku selalu berkongsi cerita ini dengan pelatih. Ceritanya begini, Di pagi Subuh yang hening seorang tua berdiri di atas tebingan pasir sambil menikmati udara segar. Merenung ke bawah, dia melihat satu permandangan yang aneh. Di persisiran air beribu-ribu tapak sulaiman terdampar sejauh mata memandang, dibawa ombak selepas taufan malam semalam. Yang lebih aneh lagi kelihatan seorang anak kecil berulang kali membongkok, mengutip dan mencampakkan kembali tapak sulaiman ke laut. Berkata dibenak hati orang tua itu, "iskh...iskh...iskh kerja sia-sia, tidak mungkin budak itu boleh menyelamatkan ke semua tapak sulaiman itu". Lalu orang tua itu mengambil keputusan untuk menyedarkan anak kecil itu tentang perkara tersebut. Dia berjumpa dengan anak kecil itu sambil berkata, "wahai anakku, apa yang kau lakukan ini sia-sia sahaja, mana mungkin kamu dapat menyelamatkan ke semua tapak sulaiman yang terdampar di persisiran pantai".Anak kecil itu menjawab sambil mencampakkan tapak sulaiman yang ada ditangannya "sekurang-kurangnya saya menyelamatkan yang ini" dan meneruskan sumbangannya.

Nilai moral yang dapat di kongsi di sini ialah setiap manusia mempunyai pilihan dalam kehidupannya sama ada memilih untuk menjadi:

1. Tapak sulaiman di lautan.
Menjadi manusia yang sentiasa menerima apa jua cabaran dan dugaan yang dihadapi dengan tabah atau

2.Tapak sulaiman di lautan tetapi akhirnya kembali terdampar di tepi pantai.
Menjadi manusia yang menerima apa jua cabaran tetapi hanya berusaha separuh jalan kerana cepat berputus asa dan mudah mengalah.

3. Tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai.
Menjadi manusia yang cepat putus asa dan tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kejayaan di dalam kehidupannya.

Dalam kehidupan ini kita merupakan pelakon yang mewarnai kehidupan ini. Dunia ini merupakan pentas kita. Jadi kita boleh membuat pilihan dalam kehidupan kita dengan mendapatkan petunjuk daripada tuhan yang maha esa. Bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang terbaik dan menyenangkan orang di sekeliling kita.